Nov 28, 2014

JALUR MASA JPC TANTA 2014


Jalur masa JPC Tanta 2014
3-6 December 2014    : Penjualan borang pencalonan
6 December 2014       : Hari pencalonan
7 December 2014       : Pengumuman calon Fasa 1
7-19 December 2014  : Tempoh berkempen dan bantahan
19 December 2014     : Pengumuman senarai calon Fasa 2
20 December 2014     : Hari Pengundian
21 December 2014     : Keputusan pilihanraya 

Read more »

Nov 26, 2014

KENYATAAN RASMI: AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) PERUBATAN CAWANGAN TANTA YANG DIKEKALKAN

Color NEW
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Alhamdulillah  di atas limpahan nikmat Allah S.W.T, nikmat iman dan Islam, nikmat kesejahteraan dan kesihatan serta nikmat kesatuan meskipun pelbagai isu dan peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2014 ini. Kedatangan bulan Disember ini menandakan fasa terakhir pentadbiran kepimpinan PERUBATAN sesi 2014/2015 sudah bermula dan bahang pilihanraya bagi pemilihan kepimpinan sesi baru semakin terasa.
Dengan merujuk Perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 28 Perkara 1 (d), 
"Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya."
      Oleh yang demikian, perbincangan lumat telah dibuat dan setelah meneliti beberapa kelayakan yang munasabah untuk dikekalkan, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Tanta(PCT) sesi 2014/2015 telah memutuskan untuk mengekalkan 4 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCT sesi ini ke sesi hadapan (2015/2016). Mereka adalah:

halim
ABDUL HALIM BIN MAHAMUD


shahrin
MUHAMMAD SHAHRIN AMINUDIN BIN MAHAYUDDIN


nabilah
 NABILAH BINTI MAT HUSIN

ainu
AINU TASNEEM BINTI AHMAD RAHIMI

Semoga pengekalan ini membawa rahmat besar kepada PERUBATAN Cawangan Tanta, seterusnya menjamin kemaslahatan bersama, baik kepada pimpinan mahupun ahlinya.  Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:  
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”.



luqman pengerusiaisah timb pengerusi
Sekian, Wassalam
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”





Mohammad Luqman Hakim Bin Mohammad Noor.
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015.









Aisah Binti Mohd.
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015.              

Read more »

Nov 23, 2014

[Kenyataan Rasmi] Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Tanta 2014 Membuka Tirai


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 65 bermaksud,
“...maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”
Golongan mahasiswa merupakan tunjang kepada maju mundur sebuah negara. Tidak dapat dinafikan lagi suara mahasiswa menjadi semakin dominan dewasa ini. Namun begitu, untuk menjadi lebih terkehadapan dalam sesuatu isu, sebuah persatuan diperlukan untuk memimpin dan memandu golongan yang semakin mendapat perhatian ini. Mengambil iktibar dari sejarah negara tanah tumpah air kita, setiap kejayaan untuk menuntut kemerdekaan dimulakan dengan pertubuhan persatuan-persatuan yang diketuai oleh pemuda.

Manakala bagi setiap pertubuhan mahupun persatuan, para pemimpin diperlukan untuk mewakili ahli-ahli pertubuhan ini. Namun begitu peralihan tampuk kepimpinan dan kuasa adalah suatu lumrah dalam mana-mana persatuan mahupun organisasi. Yang datang akan pergi, yang hilang akan berganti. Justeru itu, pihak PERUBATAN telah memilih Sistem Pencalonan iaitu  calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain dan seterusnya pengundian oleh para ahli untuk memilih kepimpinan persatuan. Hal ini membuktikan PERUBATAN tidak pernah memandang enteng segala pendapat mahupun luahan hati ahli.

Hakikat sebuah proses pilihan raya memerlukan sebuah badan bebas bagi memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan lebih teratur & telus berpadanan dengan moto Jawatankuasa Piliharaya Pusat pada tahun ini iaitu “Berkat, Telus & Cekap”. Oleh itu sebuah jawatankuasa bebas bernama Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan telah ditubuhkan dengan diketuai oleh saya, Mohd Shah Syafullah Bin Che Ahmad selaku pengarah dan saudari Siti Umirah Binti Nasruddin selaku Timbalan Pengarah bagi melicinkan gerak kerja pilihan raya bagi PERUBATAN Cawangan Tanta pada tahun ini.
Bagi memastikan proses pencalonan dan pengundian kelak berjalan dengan lancar, di sini saya sertakan beberapa tarikh penting sebagai rujukan ahli untuk membuat serba sedikit persediaan.

25 November 2014
: Pengumuman MTP Kekal
26 November 2014
: Pengumuman AJKT Kekal
3 - 6 Disember 2014
: Penjualan Borang Pencalonan
6 Disember 2014
: Hari Pencalonan
7 Disember 2014
: Senarai Calon Fasa 1
7-19 Disember 2014
: Tempoh Kempen & Bantahan
20 Disember 2014
: Hari Pengundian
21 Disember 2014
: Pengumuman Keputusan

Setiap pilihan raya mempunyai kriteria tertentu untuk melayakkan ahlinya mengundi, begitu juga pilihan raya PERUBATAN ini. Secara amnya, ahli hendaklah berada lebih daripada setahun dan telah mengisi borang PERUBATAN untuk menjadi ahli matang. Manakala untuk melayakkan ahli menjadi pengundi perlulah membayar yuran tahunan PERUBATAN sebanyak LE 20 setahun. Status setiap ahli matang bolehlah disemak melalui Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC sendiri.
Diharapkan setiap ahli matang dapat turut serta dalam kempen piliharaya ini secara aktif seterusnya menjayakan proses pengundian pada 20 Disember 2014.
Saidina Ali ada berkata,
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”
Oleh itu bangkitlah pemuda pemudi PERUBATAN Cawangan Tanta. Ayuh sama-sama kita menjayakan kempen piliharaya kita.

Sekian, terima kasih.
Mohd Shah Syafullah Bin Che Ahmad
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014.





Read more »

Nov 18, 2014

[KENYATAAN RASMI] PERLANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH JPC TANTA SESI 2014/2015

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah syair arab ada menyebut:
Sesungguhnya ditangan pemudalah urusan ummah, dan pada langkah pemudalah kelangsungan hidup ummah tersebut’
      Mahasiswa merupakan golongan yang terkehadapan pada masa kini dalam segenap aspek, tidak kira dalam aspek pengkajian, pemikiran mahupun kepimpinan. Sejarah membuktikan kepimpinan khususnya di peringkat mahasiswa mampu memberikan satu impak yang cukup positif kepada masyarakat sekeliling. Tanpa pemimpin dari kalangan anak muda yang memulakan gerakan tajdid sudah pasti tidak kedengaran laungan kemerdekaan pada awal 50-an di Malaysia suatu ketika dahulu.
    Kepimpinan mengajar kita untuk hidup secara berorganisasi, tersusun serta bersistematik. Kewujudan PERUBATAN Cawangan Tanta yang bermula sejak tahun 2006 sehingga kini telah membawa dimensi yang baru untuk pelajar sains kesihatan khususnya di Tanta. Pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta yang silih berganti dengan pencapaian yang tersendiri dalam setiap sesi memberikan satu bukti yang jelas akan aspek kepimpinan yang cukup dititikberatkan oleh mahasiswa di bumi sidi Badawi ini.
      Dalam surah as-Saff, ayat ke 4 yang bermaksud 
‘...sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh’ 
memberi gambaran akan peri pentingnya organisasi yang tersusun bagi menguatkan lagi kekuatan ummah dan seterusnya meletakkan Islam sebagai cara hidup yang melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia sejagat. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan raya PERUBATAN 2014/2015
Dengan berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, fasal 27 (1) (a)
Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan’
    Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015 telah bersetuju untuk melantik Mohammad Shah Syafullah bin Che Ahmad sebagai Pengarah dan Siti Umirah binti Nasruddin sebagai Timbalan Pengarah JPC 2014/2015 bagi PERUBATAN Cawangan Tanta.    
   Diharap agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Tanta dapat memeriahkan lagi pilihanraya pada kali ini, dan sama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang telah direncana oleh pihak JPC serta sama-sama untuk turun mengundi dalam perlantikan pimpinan yang baru untuk sesi akan datang.

Sekian, terima kasih.


pami




Mohammad Zulfahmi bin Hanafi 
Ketua Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta 2014/2015      

Read more »