Dec 5, 2014

PANDUAN UMUM MEMBINA MANIFESTO PILIHAN RAYA

APA ITU MANIFESTO?

Satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan oleh seseorang calon semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi. Secara mudahnya, manifesto adalah langkah-langkah atau tindakan yang calon ingin laksanakan setelah menang dalam pilihan raya.

APAKAH CIRI-CIRI MANIFESTO YANG BAIK?

1. Mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan ahli PERUBATAN
2. Berfokus dan mengutamakan prioriti. Sebagai contoh, jika seseorang calon bertanding di kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan, maka manifesto beliau sebaiknya merangkumi cakupan umum PERUBATAN Cawangan atau khusus kepada sesuatu Biro.
3. Ringkas dan padat.
4. Menggunakan struktur ayat dan ejaan yang betul.
5. Menggunakan kata kerja pada permulaan manifesto. Sebagai contoh, “Meningkatkan sumber kewangan Biro Ekonomi dengan mewujudkan gerai makanan BIKON setiap minggu.”
6. Sebagai konklusi, manifesto perlulah mempunyai ciri-ciri “SMART”:
S : Specific (spesifik)M: Measurable (boleh diukur)
A: Achievable (boleh dicapai)
R: Realistic (realiti, berpijak di bumi nyata)
T: Time bound (mempunyai tempoh masa)
 APAKAH UNSUR-UNSUR YANG PERLU DIELAKKAN?

1. Menggunakan ayat-ayat jargon atau bahasa pasar yang sukar difahami.
2. Mengutuk atau menghina mana-mana pihak termasuk pihak lawan. Sebagai contoh, “Mengukuhkan hubungan PERUBATAN Cawangan dengan pihak universiti yang tidak berjaya dilaksanakan oleh pimpinan PERUBATAN Cawangan sehingga ke hari ini.”
3. Ayat manifesto yang terlalu panjang dan mempunyai banyak kata adjektif. Sebagai contoh, “Mewujudkan jawatankuasa untuk memastikan markas PERUBATAN Cawangan sentiasa bersih, indah, cantik dan selesa untuk digunakan oleh ahli PERUBATAN Cawangan keseluruhannya pada sepanjang masa.”
4. Memberikan manifesto yang terlalu sukar untuk dilaksanakan atau idealistik. Sebagai contoh, “Mengukuhkan peranan JAKSI PERUBATAN dengan menempatkan pihak polis tempatan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan-kawasan petempatan pelajar Malaysia



"Berkat, Telus, Cekap"

0 comments: