Moto

Moto

Nov 23, 2014

[Kenyataan Rasmi] Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Tanta 2014 Membuka Tirai


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 65 bermaksud,
“...maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”
Golongan mahasiswa merupakan tunjang kepada maju mundur sebuah negara. Tidak dapat dinafikan lagi suara mahasiswa menjadi semakin dominan dewasa ini. Namun begitu, untuk menjadi lebih terkehadapan dalam sesuatu isu, sebuah persatuan diperlukan untuk memimpin dan memandu golongan yang semakin mendapat perhatian ini. Mengambil iktibar dari sejarah negara tanah tumpah air kita, setiap kejayaan untuk menuntut kemerdekaan dimulakan dengan pertubuhan persatuan-persatuan yang diketuai oleh pemuda.

Manakala bagi setiap pertubuhan mahupun persatuan, para pemimpin diperlukan untuk mewakili ahli-ahli pertubuhan ini. Namun begitu peralihan tampuk kepimpinan dan kuasa adalah suatu lumrah dalam mana-mana persatuan mahupun organisasi. Yang datang akan pergi, yang hilang akan berganti. Justeru itu, pihak PERUBATAN telah memilih Sistem Pencalonan iaitu  calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain dan seterusnya pengundian oleh para ahli untuk memilih kepimpinan persatuan. Hal ini membuktikan PERUBATAN tidak pernah memandang enteng segala pendapat mahupun luahan hati ahli.

Hakikat sebuah proses pilihan raya memerlukan sebuah badan bebas bagi memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan lebih teratur & telus berpadanan dengan moto Jawatankuasa Piliharaya Pusat pada tahun ini iaitu “Berkat, Telus & Cekap”. Oleh itu sebuah jawatankuasa bebas bernama Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan telah ditubuhkan dengan diketuai oleh saya, Mohd Shah Syafullah Bin Che Ahmad selaku pengarah dan saudari Siti Umirah Binti Nasruddin selaku Timbalan Pengarah bagi melicinkan gerak kerja pilihan raya bagi PERUBATAN Cawangan Tanta pada tahun ini.
Bagi memastikan proses pencalonan dan pengundian kelak berjalan dengan lancar, di sini saya sertakan beberapa tarikh penting sebagai rujukan ahli untuk membuat serba sedikit persediaan.

25 November 2014
: Pengumuman MTP Kekal
26 November 2014
: Pengumuman AJKT Kekal
3 - 6 Disember 2014
: Penjualan Borang Pencalonan
6 Disember 2014
: Hari Pencalonan
7 Disember 2014
: Senarai Calon Fasa 1
7-19 Disember 2014
: Tempoh Kempen & Bantahan
20 Disember 2014
: Hari Pengundian
21 Disember 2014
: Pengumuman Keputusan

Setiap pilihan raya mempunyai kriteria tertentu untuk melayakkan ahlinya mengundi, begitu juga pilihan raya PERUBATAN ini. Secara amnya, ahli hendaklah berada lebih daripada setahun dan telah mengisi borang PERUBATAN untuk menjadi ahli matang. Manakala untuk melayakkan ahli menjadi pengundi perlulah membayar yuran tahunan PERUBATAN sebanyak LE 20 setahun. Status setiap ahli matang bolehlah disemak melalui Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC sendiri.
Diharapkan setiap ahli matang dapat turut serta dalam kempen piliharaya ini secara aktif seterusnya menjayakan proses pengundian pada 20 Disember 2014.
Saidina Ali ada berkata,
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”
Oleh itu bangkitlah pemuda pemudi PERUBATAN Cawangan Tanta. Ayuh sama-sama kita menjayakan kempen piliharaya kita.

Sekian, terima kasih.
Mohd Shah Syafullah Bin Che Ahmad
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014.





Read more »

Dec 22, 2013

Analisa Keputusan Pilihan Raya PCT 2013






Statistik Pengerusi
Undi Keseluruhan
442
Undi Rosak
7
Undi Bersih
435


Statistik AJKT Ikhwah
Undi Keseluruhan
125
Undi Rosak
5
Undi Terima
120

Statistik AJKT Akhwat
Undi Keseluruhan
317
Undi Rosak
11
Undi Bersih
306

Statistik Ahli Matang PCT keluar mengundi
Keluar Mengundi
442
Jumlah ahli matang PCT
743
Peratusan 
60%



"BERKAT,TELUS DAN CEKAP "











Read more »

Dec 9, 2013

"MUHAMMAD: INSPIRASI SEPANJANG ZAMAN"


1400 tahun dahulu lahirnya pendokong Islam yang hebat,  Muhammad namanya.

   Baginda insan pilihan Rabbu Jalil, merupakan satu sosok pimpinan penuh tauladan bertepatan dengan kehadiran baginda sebagai Rahmatan Lil Alamin . Kepimpinan yang ada pada diri baginda bukan sahaja sebagai pemimpin Negara, bahkan pemimpin keluarga yang baik,sahabat yang baik malah tetangga yang baik. Wajar sekali kita sebagai umatnya untuk mencontohi baginda. Sebagaimana firman Allah Taala,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Q.S. Al Ahzab: 21)

   Kehadiran baginda di tengah umat menyerlahkan keadilan dan kebijaksanaan dalam urusan. Ini tercatat dalam sirah ,Baginda digelar Al-amin dan diberi kepercayaan untuk mengadili urusan meletakkan batu Hajarul Aswad ditempatnya seterusnya mendamaikan pertikaiaan antara puak ketika itu. Keadilan baginda tidak terbatas kepada umat Islam sahaja tetapi juga untuk yang bukan Islam. Ini terbukti dalam sejarah penghasilan Piagam Madinah oleh Baginda.

   Baginda insan pilihan Rabbu Jalil,merupakan satu sosok pimpinan penuh tauladan. Pada diri baginda terdapat keindahan akhlak yang sangat mempesonakan.  Kejayaan pimpinan Baginda Nabi Muhammad saw menjadi seorang pemimpin umat yang tidak hanya sebagai Rasul, banyak didasarkan pada nilai-nilai akhlak, yang meliputi nilai-nilai utama dalam kepribadian, tabiat, akhlak, pembawaan dan sebagainya. Nabi Muhammad merupakan cerminan dari al-Quran.

Saidatina Aisyah r.h ketika ditanya tentang akhlak (perilaku) Rasulullah saw. menjawab “akhlaknya adalah al-Quran”. Melalui baginda juga telah diajarkan sifat pimpinan yang cemerlang dimana seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah saw. “Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian.”

Demikian itu, untuk memilih pemimpin yang yang dicintai dan dihormati bukanlah hanya berdasarkan populatitinya, nama mahupun rupa paras tetapi apa yang penting adalah kemampuannya al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa).

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Melalui baginda Nabi telah diajarkan sifat pimpinan yang cemerlang dimana seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah saw. “Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian.”

   Pemimpin yang baik adalah yang bertanggungjawab dan kasih kepada orang yang dipimpinnya. Manakala fikirannya yang berpandangan jauh boleh membantunya menghalusi kebajikan ahlinya. Ketokohan yang ada pada diri baginda inilah yang perlu kita teladani bagi mencari pemimpin bagi komuniti kita pula. Mencari pemimpin adalah penting kerana sehingga baginda sendiri menyarankan umatnya untuk mencari pemimpin walaupun untuk tujuan bermusafir. Perlu diingat bahawa pemilihan pemimpin amatlah penting bagi menjamin kemaslahatan semua yang berada dalam komuniti tersebut. Tidak wajar sekali jikalau pilihan yang dibuat hanyalah berdasarkan atas paras rupa dan sebaris namanya sahaja.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

   Lantas kesan undi yang diberi harus dihalusi akan kesannya kepada komuniti jikalau pemilihan yang sambil lewa diberikan kepada mereka yang lemah. Berkata Imam Ibnu Taimiyah RahimullahuTa’ala, “ Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Read more »