السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Firman Allah SWT
dalam Surah an-Nisa’ ayat 65 bermaksud,
“...maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”
Golongan mahasiswa merupakan
tunjang kepada maju mundur sebuah negara. Tidak dapat dinafikan lagi suara
mahasiswa menjadi semakin dominan dewasa ini. Namun begitu, untuk menjadi lebih
terkehadapan dalam sesuatu isu, sebuah persatuan diperlukan untuk memimpin dan
memandu golongan yang semakin mendapat perhatian ini. Mengambil iktibar dari
sejarah negara tanah tumpah air kita, setiap kejayaan untuk menuntut
kemerdekaan dimulakan dengan pertubuhan persatuan-persatuan yang diketuai oleh
pemuda.
Manakala bagi setiap
pertubuhan mahupun persatuan, para pemimpin diperlukan untuk mewakili ahli-ahli
pertubuhan ini. Namun
begitu peralihan tampuk kepimpinan dan kuasa adalah suatu lumrah dalam mana-mana
persatuan mahupun organisasi. Yang datang akan pergi, yang hilang akan
berganti. Justeru itu, pihak PERUBATAN telah memilih Sistem Pencalonan iaitu calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain dan seterusnya pengundian oleh para ahli untuk memilih
kepimpinan persatuan. Hal ini membuktikan PERUBATAN tidak pernah memandang
enteng segala pendapat mahupun luahan hati ahli.
Hakikat sebuah proses
pilihan raya memerlukan sebuah badan bebas bagi memastikan proses pilihan raya
ini berjalan dengan lebih teratur & telus berpadanan dengan moto
Jawatankuasa Piliharaya Pusat pada tahun ini iaitu “Berkat, Telus & Cekap”.
Oleh itu sebuah jawatankuasa bebas bernama Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan
telah ditubuhkan dengan diketuai oleh saya, Mohd Shah Syafullah Bin Che Ahmad
selaku pengarah dan saudari Siti Umirah Binti Nasruddin selaku Timbalan
Pengarah bagi melicinkan gerak kerja pilihan raya bagi PERUBATAN Cawangan Tanta pada
tahun ini.
Bagi memastikan proses
pencalonan dan pengundian kelak berjalan dengan lancar, di sini saya sertakan
beberapa tarikh penting sebagai rujukan ahli untuk membuat serba sedikit
persediaan.
25
November 2014
|
: Pengumuman MTP Kekal
|
26
November 2014
|
: Pengumuman AJKT Kekal
|
3
- 6 Disember 2014
|
: Penjualan Borang Pencalonan
|
6
Disember 2014
|
: Hari Pencalonan
|
7
Disember 2014
|
: Senarai Calon Fasa 1
|
7-19
Disember 2014
|
: Tempoh Kempen & Bantahan
|
20
Disember 2014
|
: Hari Pengundian
|
21
Disember 2014
|
: Pengumuman Keputusan
|
Setiap pilihan raya mempunyai kriteria
tertentu untuk melayakkan ahlinya mengundi, begitu juga pilihan raya PERUBATAN
ini. Secara amnya, ahli hendaklah berada
lebih daripada setahun dan telah mengisi borang PERUBATAN untuk menjadi
ahli matang. Manakala untuk melayakkan ahli menjadi pengundi perlulah membayar yuran tahunan PERUBATAN sebanyak
LE 20 setahun. Status setiap ahli
matang bolehlah disemak melalui Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC sendiri.
Diharapkan
setiap ahli matang dapat turut serta dalam kempen piliharaya ini secara aktif
seterusnya menjayakan proses pengundian
pada 20 Disember 2014.
Saidina
Ali ada berkata,
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”
Oleh
itu bangkitlah pemuda pemudi PERUBATAN Cawangan Tanta. Ayuh sama-sama kita
menjayakan kempen piliharaya kita.
Sekian,
terima kasih.
Mohd
Shah Syafullah Bin Che Ahmad
Pengarah,
Jawatankuasa
Pilihan Raya Cawangan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2014.
0 comments:
Post a Comment