Dec 2, 2014

SYARAT-SYARAT PENCALONAN



1. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan
belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.
2. Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
3. Calon Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) mestilah pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PERUBATAN Pusat atau Ahli Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan.
4. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah:
   a. Tidak terlibat dalam politik wang. 
   b. Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina. 
   c. Tidak mengambil dadahd. Tidak minum arak. 
   d. Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat. 
   e. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar muslim
5. Borang pencalonan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN dan boleh dibeli daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC bermula dari hari penjualan borang sehingga hari penamaan calon.
6. Penyerahan borang pencalonan hanya boleh dilakukan pada hari pencalonan di lokasi yang disediakan.
7. Calon, Pencadang serta Penyokong mestilah hadir ke lokasi pencalonan pada hari pencalonan untuk menandatangani borang dihadapan pegawai JPP/JPC.
8. Pencadang dan penyokong Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP), Pengerusi serta Timbalan Pengerusi dibuka kepada seluruh ahli tidak mengira jantina [Ahli MTP lelaki boleh dicalon dan disokong oleh perempuan dan Ahli MTP perempuan boleh dicalon dan disokong oleh lelaki]
9. Pencadang dan penyokong Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) dibuka kepada seluruh ahli mengikut jantina [AJKT lelaki tidak boleh dicalon dan disokong oleh perempuan dan AJKT perempuan tidak boleh dicalon dan disokong oleh lelaki]
10. Borang pencalonan dijual dengan harga
   a. AJKT PERUBATAN Cawangan: LE 5.00 
   b. Pengerusi & Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan: LE 10.00 
   c. Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP): LE 10.00 
   d. Presiden & Timbalan Presiden PERUBATAN: Percuma
11. Borang yang tidak diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak akan diterima dan dikenakan denda sebanyak LE 50.00.
12. Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPP/JPC.
13. Pemerhati bagi pihak calon adalah dibenarkan untuk memerhatikan proses pengiraan undi bagi kerusi Presiden, Timbalan Presiden, Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN sahaja. Pemerhati bagi kerusi AJKT Cawangan adalah tidak dibenarkan.
14. Pemerhati yang dibenarkan adalah salah seorang daripada pencadang atau penyokong calon yang bertanding.
15. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP adalah muktamad.

Read more »